Saturday 8 October 2011

HAMPA KENA AMBIL PEDULI TENTANG MAKLUMAT NIE

Agama : Walaupun agama rasmi adalah Islam, agama lain bebas dianuti termasuk Buddha, Tao, Hindu dan Kristian. Kebebasan beragama adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Daerah : Sebelas (11) daerah terdiri daripada Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan dan daerah kecil Pokok Sena.
Iklim : Khatulistiwa – panas dan lembab sepanjang tahun. Suhu di antara 210C hingga 310C. Hujan tahunan di antara 2,000 mm – 2,500 mm, dengan hujan pada kebiasaannya di waktu tengahari.


Budaya : Kepelbagaian dan kosmopolitan budayanya melambangkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Ia merangkumi elemen-elemen budaya Melayu, Cina, India dan Thai meliputi tarian, muzik, senibina, tulisan, kraftangan dan lain-lain.


Makanan : Seperti kebiasaannya di Malaysia, Kedah adalah idaman bagi penggemar makanan, dengan makanan Melayu, Cina, India, Thai dan Barat yang boleh didapati di dalam beraneka selera.


Reputasi : Kedah adalah negeri asal dua Perdana Menteri Malaysia; Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad <http://www.jaring.my/msia/govt/pm/pm.html>,Perdana Menteri sekarang, dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kedah juga dikenali sebagai ‘Jelapang Padi Malaysia’ memandangkan ia adalah negeri pengeluar beras terbesar di Malaysia.


Pelabuhan Utama : Pelabuhan Pulau Pinang (Negeri Pulau Pinang), Kuala Kedah dan Telok Ewa Langkawi

No comments:

Post a Comment