Saturday 8 October 2011

SALSIAH DULI - DULI YANG MAHA MULIA

Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Maharaja Srivijaya
BilMaharajaPemerintahan
1Sri Udayadityavarman960988
2Sri Chulamanivarman9881008
3Sri Mara Vijayatunggavarman10081017
4Sri Sangrama Vijayatunggavarman10171025
5Sri Deva1028–(?)
Sultan-Sultan Kedah[2]
BilSultanPemerintahan
1Sultan Mudzafar Shah I1136 - 1179
2Sultan Mu'adzam Shah1179 - 1201
3Sultan Muhammad Shah1201 - 1236
4Sultan Mudzaffar Shah II1236 - 1280
5Sultan Mahmud Shah I1280 - 1321
6Sultan Ibrahim Shah1321 - 1373
7Sultan Sulaiman Shah I1373 - 1422
8Sultan Ataullah Muhammad Shah I1422 - 1472
9Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I1472 - 1506
10Sultan Mahmud Shah II1506 - 1546
11Sultan Mudzaffar Shah III1546 - 1602
12Sultan Sulaiman Shah II1602 - 1625
13Sultan Rijaluddin Muhammad Shah1625 - 1651
14Sultan Muhyiddin Mansur Shah1651 - 1661
15Sultan Dziaddin Mukarram Shah1661 - 1687
16Sultan Ataullah Muhammad Shah II1687 - 1698
17Sultan Abdullah Mu'adzam Shah1698 - 1706
18Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I1706 - 1709
19Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II1710 - 1778
20Sultan Abdullah Mukarram Shah1778 - 1797
21Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II1797 - 1843
22Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I1843 - 1854
23Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah1854 - 1879
24Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II1879- 1881
25Sultan Abdul Hamid Halim Shah1881 - 1943
26Sultan Badlishah1943 - 1958
27Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah1958 - sekarang

SEJARAH AWAL NEGERI KEDAH

Sejarah Awal Kedah
Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.[1]
Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah

HAMPA KENA AMBIL PEDULI TENTANG MAKLUMAT NIE

Agama : Walaupun agama rasmi adalah Islam, agama lain bebas dianuti termasuk Buddha, Tao, Hindu dan Kristian. Kebebasan beragama adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Daerah : Sebelas (11) daerah terdiri daripada Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan dan daerah kecil Pokok Sena.
Iklim : Khatulistiwa – panas dan lembab sepanjang tahun. Suhu di antara 210C hingga 310C. Hujan tahunan di antara 2,000 mm – 2,500 mm, dengan hujan pada kebiasaannya di waktu tengahari.


Budaya : Kepelbagaian dan kosmopolitan budayanya melambangkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Ia merangkumi elemen-elemen budaya Melayu, Cina, India dan Thai meliputi tarian, muzik, senibina, tulisan, kraftangan dan lain-lain.


Makanan : Seperti kebiasaannya di Malaysia, Kedah adalah idaman bagi penggemar makanan, dengan makanan Melayu, Cina, India, Thai dan Barat yang boleh didapati di dalam beraneka selera.


Reputasi : Kedah adalah negeri asal dua Perdana Menteri Malaysia; Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad <http://www.jaring.my/msia/govt/pm/pm.html>,Perdana Menteri sekarang, dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kedah juga dikenali sebagai ‘Jelapang Padi Malaysia’ memandangkan ia adalah negeri pengeluar beras terbesar di Malaysia.


Pelabuhan Utama : Pelabuhan Pulau Pinang (Negeri Pulau Pinang), Kuala Kedah dan Telok Ewa Langkawi

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera Negeri : Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

SEJARAH NEGERI KEDAH

SEJARAH NEGERI KEDAH
Malaysia kaya dengan sejarah, berpengaruh di dalam budaya utama dunia. Negeri Kedah boleh berbangga sebagai negeri tertua di negara ini, dengan salasilah keluarga di-Raja mereka dapat dikesan semenjak 100 TM. Pemerintah Islam Kedah yang pertama adalah Sultan Al-Muzaffar Shah I yang memerintah dari 1136 hingga 1179. Negeri ini kaya dengan tapak arkeologi yang berasal dari era Hindu-Buddha di dalam sejarah Malaysia.

MENARA ALOR SETAR